Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik Mencemaskan Pesawat Ringan Terhempas Di Jalan Raya Berdekatan Kereta Dan Pejalan Kaki

Dua lelaki nyaris menemui ajal selepas pesawat ringan yang dikendalikannya terhempas di sebuah jalan raya yang sibuk.

Fábio Reis, 35, bersama penumpangnya, Alessandro Cunhago, 33, berjaya terselamat daripda nahas tersebut selepas pesawatnya terhempas di Guabiruba, Brazil dipercayai kerana mengalami masalah pada bahagian enjinnya pada Sabtu sekitar 10.30am.

Rakaman CCTV yang mendebarkan itu memaparkan detik-detik pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan sebelum terlanggar tiang lampu di jalan berkenaan seterusnya terpusing dan terseret beberapa meter.

Seorang wanita yang berjalan tidak jauh daripada kawasan nahas tersebut dilihat terkejut setelah menyedari pesawat berkenaan secara tiba-tiba terhempas di belakangnya.

Difahamkan, pesawat terbabit cuba untuk melakukan pendaratan kecemasan, namun terhempas selepas terlanggar kabel elektrik yang terdapat di jalan tersebut.

Saksi kejadian menyatakan bahawa kedua-dua mangsa itu bernasib baik kerana pesawat berkenaan tidak terbakar dan mereka dapat keluar daripada pesawat tersebut selepas terhempas.

Penumpang pesawat tersebut dilaporkan mengalami luka pada bahagian muka dan dipercayai patah pada bahagian rahangnya manakala juruterbang yng mengendalikan pesawat itu pula disyaki mengalami pendarahan dalaman dan retak pada bahagian tulang rusuknya.

Kedu-dua mangsa kini dilaporkan stabil dan masih lagi dirawat di Azambuja Hospital.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa