Siakap Keli
Gambar: Google

Pengunjung ‘Kecut Perut’ Sejam ‘Tergantung’ Di Udara, ‘Roller Coaster’ Dipercayai Rosak Pada Ketinggian 150 Kaki

Puluhan pengunjung sebuah taman tema di Fantasy Island terpaksa berhadapan dengan mimpi ngeri bagi kebanyakan orang apabila permainan ‘rollercoaster’ yang dinaiki mereka terkandas 150 kaki di udara selama lebih dari sejam.

Permainan tersebut difahamkan telah berhenti secara tiba-tiba ketika sedang menaiki lereng yang curam pada petang Ahad.

Tarikan popular di taman tema itu telah terhenti secara tiba-tiba kerana mengalami masalah teknikal, menyebabkan pengunjung yang menaiki permainan tersebut terperangkap tinggi di udara.

Carly Tarry, seorang pengunjung yang datang daripada Boston, telah menaiki permainan tersebut bersama anak perempuan dan anak saudaranya.

“Kami telah pergi ke sana seharian dan telah memutuskan untuk menaiki permainan itu,” katanya.

“Ketika di atas sana, mereka telah memberikan kami baju sejuk untuk memastikan kami tidak kesejukan kerana di atas sana agak sejuk dan berangin.

“Kami harus turun dengan cara yang agak menakutkan,” ujarnya.

“Kami dapat mendengar orang menangis di hadapan kami, jadi anak perempuan saya menyuruh mereka menurunkan mereka terlebih dahulu – saya sangat bangga dengannya.”

Seorang wakil daripada taman tema tersebut mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya.

“Kami boleh sahkan bahawa kejadian tersebut telah berlaku pada tengah hari semalam,” katanya.

“Kerosakan dalam pemacu rollercoaster tersebut membuatkan salah satu daripada sistem keselamatan permainan tersebut aktif sehingga menyebabkan permainan itu berhenti dan tayarnya terkunci”.

“Pekerja kami bertindak balas dengan segera dan segera memastikan bahawa keselamatan pelanggan sentiasa diutamakan. Disebabkan itu, pihak kami telah mengatur cara untuk memindahkan kesemua pelanggan di atasa puncak itu dan memastikan satu siasatan berkenaan masalah itu dijalankan dengan segera.”

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa