Siakap Keli
cara mudah buat marshmellow
Kredit: Shaziya's Recipe

(Video) Cara Mudah Buat Sendiri Marshmellow, Yang Pasti Jadi & Gebu

Marshmellow enak dimakan dengan pelbagai cara sama ada dengan coklat, dibakar ataupun dijadikan topping hidangan yang lain. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga ramai yang sukakan kudapan manis, lembut dan kenyal ini.

Bagi anda yang gemarkan makanan yang dimasak sendiri, tips ini mungkin berguna untuk anda hasilkan marshmellow di rumah. InsyaAllah pasti jadi.

Tanpa membuang masa, mari kita belajar cara membuat marshmellow homemade dari laman Shaziya’s Recipe seperti di bawah.

Bahan-bahan/peralatan diperlukan

Pastikan sukatan tepat untuk menghasilkan marshmellow yang sempurna.

  • 120ml air panas
  • 30g gelatin halal
  • 250g gula
  • 120ml air biasa
  • esen vanila
  • pewarna (pilihan)
  • tepung jagung
  • minyak yang tidak berbau untuk menggris acuan
  • acuan atau bekas silikon fleksibel
Kredit: Shaziya’s Recipe

Cara-cara

  1. Masukkan air panas dan gelatin ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  2. Sementara itu, sapukan minyak yang tidak berbau ke dalam bekas atau acuan silikon yang fleksibel.
  3. Masak 250g gula dalam 120ml air dan kacau di atas api sederhana sehingga likat.
  4. Campurkan gelatin ke dalam bancuhan sirap gula berkenaan dan terus memasak di atas api sederhana. Kacau hingga likat dan bertali seperti di dalam video. (Biasanya mengambil masa 1 hingga 2 minit)
  5. Apabila sudah likat, tutup api dan pastikan tiada ketulan gelatin. Jika ada, hancurkan ketulan menggunakan spatula dan masukkan ke dalam bekas yang kering. Biar 2 minit.
  6. Selepas itu, pukul adunan berkenaan dengan kelajuan maksimum sehingga ia bertukar menjadi warna putih. (Biasanya mengambil masa 5 atau 6 minit).
  7. Tambah esen vanila dan gaul selama satu hingga dua minit. Anda juga boleh tambahkan pewarna yang diingini.
  8. Tuangkan ke dalam acuan. Hentakkan sedikit bekas ke meja atau cucuk gelembung dengan lidi untuk hilangkan gelembung udara.
  9. Tutup dan rehatkan selama 4 jam pada suhu bilik.

Cara memotong

Sebelum keluarkan marshmellow, tabur tepung jagung ke meja dan ke atas adunan yang sudah pejal.

Keluarkan dan salut bongkah marshmellow dengan tepung jagung.

Potong mengikut saiz yang diinginkan menggunakan pisau atau spatula yang disalut tepung bagi setiap kali potongan.

Hasilnya, marshmellow yang lembut dan lazat tersedia.

Selamat mencuba!

Rujuk video di bawah untuk gambaran lanjut mengenai proses pembuatan marshmellow.

Sumber: Shaziya’s Recipe

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.