Siakap Keli
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

80 Peratus Rumah Musnah Dijilat Api, Sinar Baru Untuk Keluarga Ini Selepas Dikunjungi Lembaga Zakat Selangor

Esok umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha, sudah tentu segala persiapan sedang dijalankan.

Mana yang buat korban, lembu-lembu mesti sudah ‘sedia’ ditambat, mana yang masak rendang, mesti sekarang tengah berhempas-pulas sangai kerisik di kuali.

Bagi anak perantauan pula, mesti kini dalam perjalanan menempuh kesesakan di lebuhraya demi pulang ke pangkuan ibu bapa tercinta di kampung.

Pendek kata, semuanya sudah bersedia.

Namun, ia tidak bagi sebuah keluarga di Klang, Selangor ini apabila 80 peratus rumah kediaman mereka dilaporkan musnah dijilat api.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, tragedi tersebut dilaporkan berlaku di Pangsapuri Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman.

Difahamkan, kebakaran berlaku berpunca daripada litar pintas.

Namun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan semuanya selamat.

Sehubungan itu, pihak LZS melalui Operasi Agihan Zakat LZS Daerah Klang telah hadir menziarahi mangsa, Encik Hishamudin Ahmad di kediamannya itu hari ini bagi menyampaikan bantuan kecemasan.

Gambar: Lembaga Zakat Selangor

DIUJI DENGAN MUSIBAH KEBAKARAN DIAMBANG AIDILADHA.

KLANG – Telah berlaku musibah kebakaran yang telah memusnahkan hampir 80% kediaman milik En Hishamudin Ahmad di Pangsapuri Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman.

Dilaporkan litar pintas yang berlaku telah menjadi punca kebakaran tersebut. Alhamdulillah, mangsa sekeluarga selamat dari sebarang kecederaan.

Operasi Agihan Zakat, Lembaga Zakat Selangor Daerah Klang telah hadir menziarahi dan menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah SWT ini.

Kredit : Ustaz Amir Azam, LZS Cawangan Klang.

Tunai zakat anda di https:fpx.zakatselangor.com.my

Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

 

Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.