Terpisah tanpa khabar berita dengan orang yang kita sayang adalah satu tempoh yang sangat memeritkan, apatah lagi jika insan itu adalah daripada pertalian darah kita sendiri.
Kes ahli keluarga atau adik beradik yang terpisah ini mungkin sudah banyak berlaku di negara kita.
Ada yang hilang kerana jenayah (nauzubillahi min zalik), ada yang terpisah ‘mati’ (meninggal dunia), malah ada yang terpisah dan hilang tanpa dapat dikesan punca sebenar.
Begitu juga yang dialami oleh pemilik akaun Twitter bernama ainajoo ini.
Gadis ini mendakwa abang kandungnya sudah terpisah dan hilang sejak kecil, bertahun lamanya tiada sebarang khabar berita hingga ke hari ini.
Beliau memohon bantuan dan kerjasama orang awam, netizen atau pihak-pihak berkaitan untuk menemukan semula abang kandungnya itu.
Ikuti bebenang di bawah ini.




Maklumat abang
Nama: Muhammad Ikram bin Ibrahim
Nama ibu: Nor Yana binti Adam
Tarikh lahir: 28 April 1996
Umur kini: 24 tahun
Kali terakhir bersama: Ketika dijaga oleh seorang individu digelar ‘Mak Teh’ (umur pada waktu itu tidak dinyatakan).
Dakwa Ain, akibat perpisahan yang sudah bertahun lamanya, ibu mereka kini sangat merinduinya.
“If abang nampak ni, Ain nak cakap yang ibu rindu abang sangat-sangat. Kalau abang masih ada, abang cari la ibu, kita orang dah cuba sedaya upaya cari abang tapi tak jumpa. Ibu teringin sangat nak jumpa abang, abang cari la ibu ye. Ibu lahir 21 Jun 1976.”
Lagi gambar-gambar abang lebih jelas




Bebenang di Twitter ini dibuat agar ia berpanjangan dan terus dihebahkan menerusi segenap saluran media sosial.
Manalah tahu, si abangnya ini pun ada Twitter, kalau ramai netizen retweet, share, viral dan sebagainya, barangkali boleh sampai juga maklumat ini kepadanya.
Semoga mereka dipertemukan kembali..
Assalamualaikum, nak minta jasa baik boleh, if korang nampak tweet ni tolong rt please, ibu tengah cari abang yang hilang sejak kecik, mane tahu abang saye ni pakai twitter kan boleh la dia nampak tweet ni. nama abang: muhammad ikram bin ibrahim
nama ibu: nor yana binti adam pic.twitter.com/XyYfmRVkdL— ainajoo (@ainnfairuzz) August 1, 2020
Sumber: @ainnfairuzz