Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Bantuan Kesan Najwa Mesri

Bantuan Kesan Najwa Mesri
Kredit: Polis Daerah Segamat

Polis Mohon Bantuan Kesan Najwa Mesri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilapor hilang di Jementah, Johor.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Polis Daerah Segamat di Facebook, Najwa binti Mesri, 23, memiliki ketinggian kira-kira 154 sentimeter, berbadan kurus (53kg), berkulit hitam manis selain bermata kecil, gigi rata dan bertudung.

Lokasi terakhir mangsa adalah di Lot KM 12 Jalan Muar, Kemajuan Taman Jementah 85200, Jementah Johor (UiTM Segamat).

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian IPD Segamat di talian 07-9312222.

Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan PDRM amat diperlukan.