Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Hilang Di Ampang Jaya

Remaja hilang di Ampang Jaya
Kredit: Facebook Polis Daerah Ampang Jaya

Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya, Ampang, Selangor.

Remaja hilang di Ampang Jaya

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata laporan kehilangan remaja berkenaan dibuat oleh ibunya, seorang wanita tempatan berusia 44 tahun, pada kira-kira 1.26 tengah hari, 1 Okt.

Remaja berkenaan dikenali sebagai Shahzan Iskandar bin Abdullah, berusia 14 tahun tujuh bulan.

Menurut polis, Shahzan mempunyai ketinggian kira-kira 168 sentimeter, berat 55 kilogram, berambut hitam dan pendek serta berkulit sawo matang.

Dia turut mempunyai parut pada bahagian kening kanan.

Remaja berkenaan dipercayai kali terakhir berada di Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna perak dengan nombor pendaftaran VCK 4424.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Insp Wan Norfazreen Wan Fauzi di talian 019-726 5122 atau talian kecemasan MERS999.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak di bawah jagaan dan tidak membenarkan mereka keluar bersendirian.

Intipati
  • Polis meminta bantuan mengesan Shahzan Iskandar Abdullah, 14, yang dilaporkan hilang di Ampang.
  • Laporan kehilangan dibuat ibunya pada 1 Oktober, kira-kira jam 1.26 tengah hari.
  • Remaja itu dipercayai kali terakhir berada di pangsapuri berkenaan menaiki Yamaha Y15ZR perak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan