Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang Di Kulim

Lelaki hilang di Kulim
Kredit: Facebook IPD Kulim

Polis Daerah Kulim meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada 4 Oktober lalu.

Polis minta bantuan kesan lelaki hilang di Kulim

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Abdul Aziz Mohd Hanapiah, 26, berbangsa Melayu dan beralamat di Lorong 1, Kampung Syed Sheh, Kulim, Kedah.

Menurut maklumat dalam laporan polis, Abdul Aziz mempunyai ketinggian 171 sentimeter, berat 87 kilogram, berkulit sawo matang serta berambut pendek dan kemas.

Hasil siasatan mendapati Abdul Aziz keluar dari rumah pada 4 Oktober 2026. Isterinya memaklumkan bahawa kali terakhir lelaki berkenaan hadir ke tempat kerja juga pada tarikh sama.

Ibunya pula memaklumkan Abdul Aziz masih belum pulang ke rumah di alamat berkenaan sehingga kini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Abdul Aziz diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Insp Muhammad Syukbah Is hak, yang juga Ketua Polis Balai Polis Kulim Hi-Tech.

Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Kulim Hi-Tech di talian 04-4031222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber:IPD Kulim
Intipati
  • Polis Daerah Kulim meminta bantuan orang ramai mengesan Abdul Aziz Mohd Hanapiah, 26 tahun.
  • Abdul Aziz dilaporkan keluar rumah pada 4 Oktober dan masih belum pulang sehingga kini.
  • Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Kulim Hi-Tech atau mana-mana balai polis berhampiran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan