Siakap Keli
Gambar: Ghazali Roslani

Lelaki Deco Dinding Guna Bidai & “Silicone Rubber”, Modal Cuma RM 200 Rumah Terus Nampak Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dekorasi rumah, antara ruang yang memainkan peranan penting agar suasana ‘hidup’ adalah dinding dalaman.

Kecantikan suasana dalam rumah mungkin bergantung kepada keadaan dinding; warna catnya, jenis dinding, hiasan di dinding dan sebagainya.

Ada juga yang gemar mengubah dinding kosong menjadi dinding yang bercorak, namun tidak ramai yang tahu konsep klasik + kayu juga boleh diguna pakai untuk menyerikan lagi ruang dalaman rumah.

Seperti yang dibuat oleh Ghazali Roslani ini, beliau menukar satu sudut dinding tempat letak televisyen daripada kosong ke dinding ‘berkayu’.

Beliau berkongsi proses membuatnya menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Gambar: Ghazali Roslani

Akhirnya projek PKP baru siap…menyesal sikit awalnya buat benda ni sebab leceh sangat, 5 minggu baru siap (ni semua salah M 😅)…kalau nak buat lagi sekali macam ni memang taknak dah…taubat aku

Modal = RM200 (bidai+silicone rubber)

Bidai boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Gambar: Ghazali Roslani
Gambar: Ghazali Roslani
Gambar: Ghazali Roslani
Gambar: Ghazali Roslani
Gambar: Ghazali Roslani

Sumber: Ghazali Roslani

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.