Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKP Secara Pentadbiran Dilaksana Di Empat Mukim Di Kedah Bermula 3 Hingga 30 Ogos – Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan secara pentadbiran bakal dilaksanakan di empat mukim di Kedah bermula daripada 3 hingga 30 Ogos ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan di negeri Kedah telah memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di beberapa tempat di Kedah selepas mengambil kira 11 kes baharu COVID-19 yang berpunca daripada kluster Sivagangga.

“Kerajaan negeri Kedah telah memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di beberapa tempat. Yang pertamanya, radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, pekan Napoh, Mukim Hosba, Kubang Pasu. Yang kedua, Kampung Pida 1, Megat Dewa, Mukim Ah, Kubang Pasu. Yang ketiga, Kampung Bendang Dalam, Mukim Binjal, Kubang Pasu. Dan Yang Keempat Kampung Ulu, Padang Sanai, Padang Terap,” ujarnya.

Mesyuarat pagi ini telah meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di kawasan tersebut mulai 3 Ogos hingga 30 Ogos, tambahnya.

Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama di sekitar.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa