Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPP: Setiap Premis Wajib Guna Aplikasi MySejahtera, Tambahan Aplikasi Lain Dibenarkan – Ismail Sabri

Setiap premis perniagaan wajib menggunakan aplikasi MySejahtera namun tambahan aplikasi lain juga dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa peguam negara akan mewartakan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera ini.

“Setiap outlet/premis perniagaan dan sebagainya mesti menggunakan apps MySejahtera. Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan juga untuk tambahan ada apps lain sebagai contoh di Selangor dia ada SELangkah, tetapi apps MySejahtera wajib ada,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau turut memaklumkan bahawa pengecualian hanya akan dibenarkan di kawasan luar bandar atau bandar kecil yang tidak mempunyai akses internet. Justeru, isian butir peribadi secara manual dibenarkan.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa