Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui

Pasangan Kekasih Tular Pakai Gelang Pink Bukan PUS Covid-19 – PDRM

Azmil

GEORGE TOWN, 4 Ogos — Sepasang kekasih yang gambar mereka tular di media sosial kerana memakai “gelang pink” dan berada di kawasan letak kenderaan Bukit Bendera di sini pada Ahad lepas bukan pesakit di bawah pengawasan (PUS) COVID-19.

Ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata siasatan polis mendapati mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu berkenaan oleh pembantu jualan sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini pada hari kejadian.

Pasangan berkenaan memaklumkan mereka juga tidak pernah ke luar negara dan semakan dengan Kementerian Kesihatan mendapati nama kedua-duanya tiada dalan senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kejadian itu, Soffian berkata susulan laporan polis yang diterima daripada seorang individu, pihaknya bertindak mengesan pasangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 21 tahun yang tinggal di Permatang Tengah, Butterworth dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun yang menetap di Sungai Puyu, Butterworth.

“Pasangan kekasih itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park, di sini pada 12.30 tengah hari Ahad dan dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna pink dengan tulisan ‘Husky And The Gang’ oleh pekerja kedai terbabit,” katanya.

Beliau berkata disebabkan pasangan tersebut ingin kembali ke kedai haiwan itu pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang berkenaan bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum ke Bukit Bendera.

— BERNAMA