Siakap Keli

Kedah Catat Tiga Lagi Kes Dari Kluster Sivagangga, 869 Orang Masih Tunggu Keputusan

Kedah mencatatkan tiga lagi kes positif Covid-19 daripada 21 kes baharu dalam negara yang dilaporkan pada hari ini, berpunca daripada Kluster Sivagangga.

Menerusi makluman terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan Kluster Sivagangga sebanyak 24 kes di mana melibatkan tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim.

Setakat ini, seramai 1,647 individu telah disaring dengan 24 daripadanya adalah positif dan 869 yang lain masih menunggu keputusan. Baki 754 adalah negatif.

Kes indeks Kluster Sivagangga menular selepas seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu dan perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), namun tidak mematuhi syarat perintah itu.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.