Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Bernama

Sindiket Pengedaran Dadah ‘Bobby’ Tumpas

Aqmal Ezany

JOHOR BAHRU, 5 Ogos — Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi seorang lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Bobby’ dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir setengah juta ringgit menerusi 10 serbuan berasingan yang dilakukan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, sejak 27 Julai lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan selama lima hari itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seri Alam.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan ‘Bobby’, 27, dan teman wanitanya warga Vietnam berumur 24 tahun di tepi bangunan sebuah pusat hiburan di Jalan Permas 10, Bandar Baru Permas Jaya, di sini pada 1.40 tengah hari, 28 Julai.

“Seramai 22 individu berumur 16 hingga 61 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu turut ditahan. Mereka terdiri daripada 10 lelaki tempatan, lima wanita tempatan, satu lelaki warga Singapura, tiga wanita warga Indonesia, dua wanita warga China dan seorang wanita Vietnam,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata selari dengan penahanan itu, polis merampas 1.896 kilogram (kg) ketamin, 895.52 gram (g) ganja, 2.301 kg serbuk ekstasi, 31.81 g syabu, 2.01 g heroin, 2,469 biji pil ekstasi, 859 biji pil Erimin 5 dan dua biji pil yaba, dengan kesemuanya bernilai RM425,571.

Tambahnya, polis turut menyita pelbagai barangan kemas bernilai RM32,956, dua kenderaan bernilai RM214,000, wang tunai RM7,000, USD500, 6,000 yuan dan SGD420.

“Sindiket Bobby ini dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lepas dengan mengambil bekalan dadah dari Kuala Lumpur untuk dipasarkan di bandar raya ini.

“Saya yakin masih terdapat ahli sindiket lain yang masih bebas kerana sindiket ini baru sahaja beroperasi dalam tiga bulan, namun kita akan terus melakukan siasatan dan membanterasnya,” kata beliau.

Ayob Khan berkata semua suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula 27 Julai lepas untuk disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor; dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020.

Sumber: BERNAMA