Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Wanita Dedah Kakaknya Minta Bakal Tetamu Majlis Perkahwinan Tulis 2 Esei Sebagai ‘Syarat’ Terpilih Hadiri Majlis

Seorang wanita mendedahkan bahawa kakak perempuannya ingin meminta semua tetamu termasuk ibu bapanya untuk menulis esei berkenaan mengapa mereka ingin datang ke majlis perkahwinannya susulan jumlah tetamu terpaksa dihadkan gara-gara wabak pandemik, lapor Daily Mail.

Dalam catatan Reddit yang dikongsi di forum, wanita berusia 27 tahun itu, yang dikatakan berasal dari AS menjelaskan bahawa kakaknya itu merancang untuk berkahwin pada bulan Februari.

Kakaknya telah meminta rakan serta keluarga malahan ibu bapanya sendiri untuk menjawab dua soalan esei mengenai apakah ertinya kepada diri mereka sekiranya mereka dijemput menghadiri majlisnya itu nanti.

Kakaknya itu terpaksa mengehadkan senarai tetamu yang bakal hadir berikutan dengan kapasiti lokasi yang terbatas. Disebabkan oleh itu, dia terpaksa memutuskan untuk menggunakan cara itu kerana baginya, calon tetamu yang betul-betul dapat membuktikan bahawa mereka layak berada di majlisnya sahaja yang akan dijemput.

Dua soalan tersebut merangkumi “mengapa anda mahu meraikan hari ini dengan kami?” serta “apakah ertinya kepada anda sekiranya anda hadir ke majlis perkahwinan kami ini secara khusus?”.

Kakaknya itu juga turut menyatakan bahawa mereka yang tidak menjawab soalan esei itu akan ‘hilang kelayakan untuk dijemput secara automatik’.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa