Siakap Keli
Gambar Via deccanherald.com/india today

(Video) Hotel Tempatkan Pesakit COVID-19 Terbakar, Sekurang-kurangnya Tujuh Dilaporkan Maut

Sekurang-kurangnya 7 orang pesakit termasuk dua wanita meninggal dunia dan beberapa lagi dikhuatiri terperangkap dalam satu kejadian kebakaran yang terjadi di hotel yang dijadikan Pusat Penjagaan Covid-19 di Vijayawada pada awal pagi ini, lapor The Economic Times.

Menurut laporan awal, terdapat lebih dari 30 orang pesakit Covid-19 yang dirawat di pusat tersebut.

Beberapa anggota pengawal kebakaran ditekan untuk mengawal api walaupun pesakit mengalami sesak nafas yang teruk disebabkan oleh asap tebal di dalam bilik hotel.

Menyatakan rasa terkejut terhadap kebakaran itu, ketua menteri Andra Pradesh, Ys Jagan Mohan Reddy, mengarahkan supaya pegawai mempercepatkan operasi menyelamat dan menawarkan rawatan perubatan yang lebih baik kepada mereka yang menderita sambil memerintahkan siasatan mengenai kemalangan tersebut.

Pesuruhjaya Polis Vijayawada, Srinivasulu, yang bergegas ke tempat kejadian untuk mengawasi operasi menyelamat mengatakan polis menerima panggilan mengenai kemalangan kebakaran sekitar jam 5.15 pagi waktu tempatan.

“Tujuh pesakit mati kerana sesak nafas dan kami telah membawa keluar mayat mereka. Kami berusaha untuk membawa keluar semua yang terperangkap dalam keadaan selamat,” katanya.

Memetik laporan The Economic Times, pesakit-pesakit Covid-19  dirawat di tingkat lima, empat dan tiga hotel tersebut.

Hotel itu dipercayai terbakar akibat litar pintas elektrik di tingkat pertama dan api tersebar dengan cepat ke tingkat lain.

Sumber: The Economic Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa