Siakap Keli
Gambar: CNN

Presiden Filipina Tawar Diri Untuk Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Rusia

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menawarkan dirinya sebagai individu pertama yang akan disuntik vaksin COVID-19 ciptaan Rusia.

Dakwanya, beliau sangat percaya akan keberkesanan vaksin yang dihasilkan tersebut.

“Saya boleh jadi orang pertama yang menjalani eksperimen ini.

“Saya percaya bahawa vaksin yang anda ciptakan ini adalah sangat bagus untuk manusia,” katanya kepada pemberita, memetik laporan media antarabangsa.

Sementara itu, pejabat Duterte mendakwa bahawa vaksin daripada Russia itu akan diuji di bawah Jabatan Dadah dan Makanan negara tersebut, serta mereka turut bersedia untuk bekerjasama dengan sesi percubaan vaksin, bekalan dan pemprosenan (vaksin).

Sebelum itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa vaksin COVID-19 yang dibangunkan Institut Gamaleya itu mempunyai daya ketahanan yang panjang untuk melawan virus tersebut.

Vaksin tersebut dirancang akan mula digunakan pada Oktober ini, menurut Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko.

Selain itu, Kedutaan Rusia ke Filipina pada minggu lepas turut melaporkan, presidennya Putin akan membekalkan bekalan vaksin COVID-19 ke negara itu.

Filipina kini mencatatkan kira-kira 139,538 kes jangkitan COVID-19 dengan 2,312 kematian, menjadikannya sebagai negara paling tinggi jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara setakat ini.

Sumber: Anadolu Agency, CNN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.