Siakap Keli

(Video) Fenomena Awan Bentuk Tsunami Muncul Di Langit Acheh Gemparkan Penduduk Setempat

Penampakan awan gergasi di Kota Meulaboh, Aceh, Indonesia pada pagi semalam ternyata menimbulkan ketakutan ramai penduduk kerana dikatakan menyerupai gelombang tsunami yang pernah melanda negeri itu.

Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter, awan tersebut kelihatan seperti lautan yang ‘bersedia’ menggulung apa sahaja yang berada di bawahnya.

Kejadian aneh ini dikatakan pertama kali terjadi sekaligus menimbulkan rasa panik penduduk mengenai petanda buruk atau kejadian yang tidak diingini bakal berlaku.

Malah, Kota Meulaboh juga dilihat lengang selepas kemunculan awan berkenaan kerana rata-rata penduduk yang ketakutan memilih untuk tidak keluar daripada rumah.

Namun, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) memberitahu bahawa fenomena awan tersebut dikenali sebagai Awan Arcus.

Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Naganraya, Iswahyuono Basuki Priambodo berkata, awan tersebut termasuk di dalam kategori Awan Arcus.

”Awan ini memang tergolong awan rendah dengan single level. Awan ini mengakibatkan kesan yang cukup berbahaya seperti hujan lebat disertai angin kencang, petir atau kilat, hujan ais dan lain-lain lagi,” kata beliau.

Tambah Iswahyuono, jika pesawat tersangkut di awan tersebut, kemungkinan kecelakaan yang sangat besar akan berlaku.

”Kerana dia sangat padat. Di dalamnya terdapat petir dan angin kencang. Jadi sangat bahaya,” jelas beliau.

Sumber: Twitter @masawep, Satu Aceh News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra