Siakap Keli

Padah ‘Kurang Ajar’, Si Oyen Dipukul Berkali-Kali Selepas ‘Usik’ Ekor Kucing Lain

Sering dikatakan buat masalah, kucing berwarna oren sentiasa menjadi perhatian ramai kerana keletah mereka yang nakal dan melucukan.

Cari sahaja video kucing di media sosial, pastinya ia akan dipenuhi dengan pelbagai ragam kucing yang digelar sebagai ‘oyen’ ini.

Satu video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter menyaksikan sekali lagi keletah Oyen yang dilihat dengan sengaja ‘mengusik’ seekor kucing hitam.

Menerusi video itu, Oyen yang kecil itu dilihat menunggu kehadiran kucing hitam dan seperti mencari masa yang sesuai untuk menyentuh ekor kucing yang lebih besar daripadanya itu.

 

Namun, si kucing hitam tidak hanya melihat sahaja kerana ia dengan pantasnya memukul Oyen berkali-kali sehingga menyebabkan kucing itu berundur.

Sumber: Toon Seri Anthraxxxx

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa