Siakap Keli

(Video) Gelagat Anak Kucing Tertidur Ketika Makan Buat Ramai Terhibur

Tular, gelagat seekor anak kucing yang tertidur ketika sedang makan pizza berjaya raih lebih sejuta tontonan daripada warganet.

Gelagat mencuit hati kucing itu berjaya dirakamkan tuannya yang juga merupakan seorang pengguna aplikasi TikTok bernama Brittany Ahlen.

Video tersebut bermula dengan kucing tersebut tertidur di atas pizza yang hendak dimakannya itu. Dan apabila tuannya menggerak-gerakkan kepalanya dan menyuruhnya untuk bangun, kucing tersebut seolah-olah mamai dan terus menikmati pizza berkenaan.

Video yang berdurasi selama 11 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 200 ribu likes di TikTok dan ditonton lebih sejuta kali.

@brittanyahlen

When your cat falls asleep eating pizza 🤦🏼‍♀️

♬ original sound – brittanyahlen

Sumber: TikTok

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa