Siakap Keli

(Video) Rakaman CCTV Dipercayai Entiti Datang ‘Jenguk’ Bayi Tidur Bikin Seram

Memasang kamera CCTV di bilik bayi adalah salah satu cara untuk ibu bapa mengawasi tindak tanduk anak mereka.

Selain daripada itu, kamera CCTV ini juga boleh memantau bayi mereka yang sedang tidur. Manakan tidak, seperti yang kita ketahui, bayi selalunya akan terjaga pada waktu malam kerana lapar atau buang air besar dan sebagainya.

Justeru, dengan memasang kamera CCTV, ianya pasti akan amat memudahkan ibu bapa untuk mengetahui bahawa bayi mereka itu memerlukan mereka.

Pun begitu, bagaimana pula jika kamera CCTV yang dipasang itu terakam sesuatu yang di luar jangkaan? Seperti sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, sebuah kamera CCTV yang ditempatkan dalam sebuah bilik seorang bayi didakwa berjaya merakam satu kelibat yang sukar untuk dijelaskan.

Dalam video tersebut, ketika bayi itu sedang tidur, datang satu kelibat di sebelah tempat tidur bayi berkenaan. Kelibat itu hanya muncul seakan melihat bayi tersebut untuk seketika sebelum menghilangkan diri daripada pandangan kamera CCTV berkenaan.

Video yang dikongsikan menerusi akaun seorang pengguna TikTok bernama @lexibruner04 itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 15 juta kali daripada warganet.

@lexibruner04

I’m traumatized😭 #scary

♬ something traumatic – courtneyleehewitt

Sumber: liputan6

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa