Cyberjaya, bandar yang kini pesat membangun dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti. Bagi warga Cyberjaya dan kawasan sekitarnya, pasti mengenali ‘open mall’ yang dipenuhi dengan dedaun hijau yang merimbun. Tidak lain tidak bukan, Tamarind Square yang berkonsepkan urban nature.
Menerusi perkongsian di Twitter, Tamarind Square kini mempunyai tarikan baru di mana terdapatnya ‘Urban Night Market’, himpunan pelbagai variasi perniagaan baik dari segi makanan, pakaian, mahupun hiasan rumah.
Urban Night Market beroperasi pada setiap hari Rabu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan bermula jam 6 petang hingga 10 malam.
Bagi korang yang tak tahu nak lepak ke mana, mungkin boleh ajak kawan-kawan cuci mata di Urban Night Market pada hari ini!
Urban Night Market @ Tamarind Square @Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/kCJEXqK3QV
— πΊππππ βͺοΈ Agent Coway (@shezzlahhhhh) August 12, 2020
Sumber: Twitter ShezzΒ