Siakap Keli
Foto: ShazGhaf

Ramai Tak Tahu Boleh Buatkan Kad Pengenalan Untuk Haiwan, Lelaki Ini Ajar Cara Nak “Apply”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak korang terbayang kucing kesayangan yang ‘cute’ tu ada kad pengenalan sendiri? Tetapi tahukah korang yang haiwan kesayangan pun sebenarnya boleh dapatkan kad pengenalan warganegara Malaysia atau lebih dikenali dengan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.

Hanya empat jenis haiwan peliharaan sahaja yang dibenarkan mendaftar iaitu kucing, anjing, arnab dan kuda.

Kad Pengenalan Haiwan ini bentuknya seperti paspot manusia yang berwarna merah. Bezanya, kulit kad pengenalan haiwan adalah berwarna biru.

Seperti perkongsian daripada seorang pelayar Twitter, ShazGhaf turut berkongsi gambar pasport comel berwana biru milik kucing kesayangannya yang berwarna oren yang kini sah bergelar ‘catizen’ Malaysia.

You did not do for your cats? Nanti dia lupa dia asal Malaysia how?

Katanya dalam perkongsian tersebut, kucingnnya menerima kad pengenalan selepas diberi mirocip kepada kucingnya.

Tambahnya lagi, untuk proses dapatkan pasport haiwan ini mudah sahaja iaitu datang awal di klinik Veterinar agar tidak sesak dengan orang ramai.

Hahhaha.. close-up gambar passport muka annoyed!

Menurutnya lagi, tujuan micro cip tersebut dipasangkan pada kucing kesayangan adalah untuk senang dijumpai jika kucing atau haiwan kesayangan hilang atau dicuri orang. Dengan micro cip tersebut kita boleh semak semula sama ada kucing yang djumpai itu milik kita atau tidak.

Jelas menunjukkan ramai di antara kita yang masih belum terdedah dengan hal ini. jadi, ini beberapa soalan dan jawapan yang dijawab oleh pemilik kucing ini.

 

Sumber: ShazGhaf

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang