Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

(Video) Nak Pergi Bercuti Bajet Takde, Artis Ni Nak Bagi Hadiah Pergi Travel Free Je, Baca Ni

Sejurus selepas kerajaan memutuskan untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai diantara kita yang sudah pun membuat perancangan untuk pergi bercuti.

Walaupun hanya dibenarkan di dalam negara sahaja, namun perkara itu tidak membataskan kita untuk keluar jua daripada rumah sesudah beberapa bulan terperap di dalam rumah.

Pun begitu, untuk pergi bercuti, faktor kewangan mungkin boleh menjadi salah satu sebab yang membataskan ramai diantara kita. Manakan tidak, umum sudah sedia maklum bahawa ekonomi negara turut terjejas semasa PKP dilaksanakan. Ramai yang terpaksa dipotong gaji dan diberhentikan kerja.

Kini anda boleh tarik nafas lega kembali kerana, niat anda untuk bercuti itu kini mungkin boleh dimakbulkan. Ini kerana, seorang artis bernama Nysaa Nazry ada membuat satu pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik termasuklah pakej percutian.

Mesti ramai yang tidak tahu siapa Nysaa ni kan? Kenapa dia nak buat pertandingan pula? Dan untuk apa? Haa, ni nak cerita ni.

Nysaa yang berumur 24 tahun ini adalah merupakan seorang ahli korporat berjaya yang beralih bidang kerana minat yang begitu mendalam pada industri muzik dan hiburan.

Anda mesti nak tahu kan kenapa dia buat pertandingan yang menawarkan hadiah menarik tu? Sebabnya, dia buat pertandingan itu untuk menghargai para peminatnya.

So, macam mana nak join pertandingan tu? Caranya, mudah je. Anda cuma perlu menonton videonya dekat YouTube dan jawab soalan seperti berikut di aplikasi whatsapp.

Soalannya adalah:

  1. Berapa helai bajukah yang dipakai Nysaa sepanjang music video itu?

Klik sini untuk menjawab.

Yang menariknya, pemenang untuk hadiah pertama akan menerima pakej percutian untuk 2 orang ke Pulau Tioman. Bagi pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang sebuah telefon bimbit manakala tempat ketiga sehingga kesepuluh akan menerima barangan berjenama Victoria Secret. Best kan!

Nak tahu anda menang atau tidak, pemenang akan dipilih pada malam 31 Ogos 2020. Pemenang bertuah itu akan dihubungi sendiri oleh pihak Nysaa.

Lagi satu, anda bukan sahaja tengok untuk memenangi pertandingan tu tau. Anda juga boleh turut beramal dengan hanya menonton music video Nysaa ni je. Ini kerana, Nysaa ni turut merancang untuk mendermakan separuh hasil pendapatan pertama melalui YouTube ke rumah badan kebajikan dan anak-anak yatim tau. Jadi, jika anda tak menang pun takpe, yang penting anda dah beramal dekat situ.

Berikut adalah music video Nysaa di YouTube:

Untuk mengenali dan mengikuti perkembangan Nysaa, anda boleh rujuk ke akaun sosial media miliknya seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/nysaa.nazry/

Facebook: https://www.facebook.com/nysaa.onlyys

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCoeAnwFTjWSlPI6FKx1uuyQ

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.