Siakap Keli

Lelaki Maut Selepas Kepala Tersepit Antara Dahan Pokok Rambutan

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Seorang lelaki meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di antara dahan pokok rambutan pada ketinggian tiga meter, apabila tergelincir semasa sedang memotong dahan pokok berkenaan di Kampung Bukit Bangkong, Sepang pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sepang ketika dihubungi hari ini berkata kejadian berlaku semasa Puiman Semin, 54, penduduk tempatan yang mengambil upah memotong dahan pokok, sedang bekerja.

“Tuan tanah kemudiannya membuat panggilan kecemasan pada pukul 9.38 pagi. Sebuah jentera dari balai JBPM Sepang dengan lima anggota yang tiba di tempat kejadian pada pukul 9.50 pagi melakukan operasi khidmat khas menurunkan lelaki itu,” katanya lagi.

Menurutnya Puiman kemudian dihantar ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.