Siakap Keli
Gambar: Tribunnews

(Video) Cermin Jatuh Hampir Hempap Budak, Tindakan Pantas Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Anaknya

Seorang kanak-kanak perempuan nyaris tercedera selepas sebuah cermin yang diletakkan di ruang tamu rumahnya hampir terjatuh menimpanya ketika seorang lagi kanak-kanak sedang bermain.

Satu video berdurasi pendek yang dikongsikan oleh makassar_iinfo memaparkan tindakan pantas bapa kepada kanak-kanak itu menyelamatkannya dari tertimpa cermin tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Daripada rakaman video yang berlegar di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan ruang tamu rumah keluarga berkenaan yang pada ketika itu terdapat dua orang kanak-kanak sedang bermain-main di ruangan tersebut.

Tidak jauh daripada kedua kanak-kanak itu, dapat dilihat dua orang dewasa yang dipercayai sebagai ibu bapa kanak-kanak berkenaan, menurut Tribun.

Salah seorang daripada kanak-kanak yang terdapat di ruangan itu pada awalnya dilihat bermain dengan mainannya, namun secara tidak sengajanya telah terlanggar sebuah cermin yang besar di belakangnya.

Gambar: Tribunnews

Cermin tersebut kemudiannya telah terjatuh dan hampir menimpa kanak-kanak yang seorang lagi yang pada ketika itu sedang berguling-guling betul-betul di hadapan cermin itu hendak terjatuh.

Mujur tindakan pantas ayah kepada kanak-kanak tersebut yang berada berhampiran tempat mereka bermain itu berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dari tercedera ditimpa cermin terbabit.

Menyedari bahawa cermin itu mula bergoyang dan akan terjatuh, si ayah telah bertindak melayangkan dirinya dan menahan cermin tersebut daripada menimpa anaknya.

Atas tindakan pantas ayah kepada kanak-kanak itu, kedua kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut, lapor Tribun.

Video yang dikongsikan melalui akaun Instagram makassar_iinfo itu telah menjadi tular. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 400 ribu daripada warganet.

Sumber: Tribunnews

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa