Kerajaan wilayah Galicia di Sepenyol dilapor menguatkuasa perintah larangan merokok di tempat awam sebagai salah satu langkah pencegahan pandemik COVID-19 setelah wujud kebimbangan amalan berkenaan berisiko menyebarkan jangkitan virus antara manusia.
Kes jangkitan harian pada bulan Jun adalah kurang daripada 150 dan kes jangkitan pada bulan Ogos telah meningkat dengan tinggi. Jumlah kes harian pada bulan Ogos adalah 1,500 dan semakin hari semakin meningkat kadar jangkitan ini. Jumlah kes jangkitan ini telah mencecah 330,000.
Kajian mendapati setiap sedutan asap rokok itu berpotensi untuk meningkatkan lagi kadar jangkitan wabak coronavirus.
“Merokok bukan sahaja meningkatkan masalah kesihatan yang telah disebut sejak dulu lagi tambahan dengan wabak coronavirus ini akan lebih mudah untuk perokok terkena jangkitan coronavirus. (asap rokok, jarak sosial)” kata Presiden wilayah Alberto Nunez Feijoo.
Kajian larangan merokok ini juga berdasarkan penelitian daripada kerajaan UK yang mana satu juta daripada masyarakat UK telah berhenti merokok sejak wabak coronavirus ini dilanda kerana nasihat yang diberikan daripada kerajaan UK mengatakan bahawa perokok mungkin berisiko untuk mengalami gejala coronavirus yang lebih teruk.
Kepulauan Canary juga mengikuti ‘larangan merokok’ dan wilayah lain masih mempertimbangkan lagi untuk mengikutinya.
Sumber: BBC NEWS