Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Kucing Dengan Riak Wajah ‘Penuh Kekecewaan’ Tular Di Media Sosial

Seekor kucing di China telah menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet selepas satu rakaman yang tular di media sosial memaparkan mukanya yang sedang kekecewaan berjaya raih perhatian.

Kucing yang bernama Moggie, atau lebih dikenali sebagai ‘Panda’ itu dapat dilihat mempunyai dua tompok hitam pada bahagian matanya dan jalur yang berbentuk seperti misai pada bahagian bawah hidungnya.

Secara tidak langsung, tompokan warna yang terdapat pada wajahnya itu telah menjadikannya unik kerana jika sekali imbas, ianya seakan sedang dalam kekecewaan.

 

Panda telah membuatkan aplikasi media sosial China menjadi riuh selepas sebuah klip rakaman yang memaparkan kucing tersebut sedang berehat di atas sebuah bonet kereta dimuat naik pada Julai lalu.

Video tersebut dipercayai telah dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan di Chengdu, barat daya China.

Klip rakaman itu dilaporkan telah menjadi tular sehinggakan mendapat lebih dari dua juta tontonan daripada warganet sejak ianya dimuat naik di internet.

Ramai pengguna media sosial China itu terhibur dengan ‘ekspresi sedih’ Panda manakala ada juga yang beranggapan bahawa kucing itu ‘comel kerana rupanya yang hodoh’.

Seorang warganet menulis: “Hahaha kucing ini kelihatan sangat hodoh dan comel pada masa yang sama! Kelakar gila.”

“Aww kucing itu kelihatan sangat sedih seolah-olah ianya baru lepas dimarahi oleh pemiliknya haha,” tulis seorang lagi.

Warganet ketiga pula berkata: “Saya suka misai kecilnya. Ianya mengingatkan saya pada Charlie Chaplin!”

Pada Jun lalu, seekor kucing yang mempunyai ekpresi wajah ‘sedih yang kekal’ seperti Moggie juga turut menjadi bualan di media sosial China itu kerana mempunyai tompok warna yang hampir sama pada wajahnya seperti Panda.

Video rakaman yang menunjukkan seekor kucing liar dengan riak wajah yang kesedihan itu telah dikongsikan di media sosial oleh seorang wanita ketika menemuinya di sebuah jalan di Shanghai.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa