Siakap Keli
israel serang gaza
Kredit: Anadolu Agency

Israel Dilapor Lancar Serangan Udara Ke Atas Kem Tentera Hamas Di Gaza

GAZA, 19 Ogos (Bernama) — Israel pada Rabu melancarkan siri serangan udara di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor agensi berita Anadolu.

Pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas, kata jurucakap tentera Israel Avichay Adraee dalam satu kenyataan.

Menurut saksi kejadian, sekurang-kurangnya dua serangan udara menyasarkan markas Briged Izz ad-Din al-Qassam di tenggara Gaza.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini, manakala beberapa kediaman mengalami kerosakan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.