Siakap Keli

(Video) “Bila Lapar Tapi Mengantuk,” Gelagat Kucing Tertidur Dalam Mulut Anjing Bikin Terhibur

Satu video yang memaparkan seekor kucing sedang tidur sambil berbantalkan mulut seekor anjing menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 5 saat itu menunjukkan kucing berwarna kelabu itu sedang nyenyak tidur bersama dengan seekor anjing yang ternganga mulutnya.

Kedua-dua haiwan tersebut dilihat sangat akrab kerana semasa tidur pun seakan tidak dapat dipisahkan.

“Bila lapar tapi mengantuk”

Adegan itu secara tidak langsungnya telah menjadi tular dan mendapat perhatian daripada warganet.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 300 ribu tontonan daripada warganet.

Sumber: Instagram

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa