Siakap Keli
Gambar: PPM Wilayah Dua Johor

20 Kotak Besar Minuman Keras Disyaki Seludup Dirampas

JOHOR BAHRU, 20 Ogos – 20 kotak besar minuman keras tidak berkastam dirampas pihak berkuasa di satu lokasi di Jalan Forest City – Lebuhraya Tanjung Pelepas, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, rampasan dibuat ekoran pihaknya menerima aduan awam berkaitan penyeludupan minuman keras pada lebih kurang pukul 1 petang.

Sehubungan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Markas PPM Wilayah Dua yang sedang menjalankan rondaan di persisiran pantai telah digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Setelah membuat pemantauan dan menunggu lebih kurang dua (2) jam dan melihat tiada pergerakan manusia ke motokar tersebut, pasukan serbuan telah mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan terhadap motokar tersebut.

Gambar: PPM Wilayah Dua Johor

“Didapati terdapat sejumlah 20 kotak besar yang di dalamnya mengandungi pelbagai jenis minuman keras yang tidak menepati undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, nilai rampasan termasuk cukai dan motokar tersebut beranggaran RM53,813.70.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(D), Akta Kastam 1967.

Orang ramai diminta untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras sebarang kegiatan penyeludupan serta jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat melalui talian 07-2372221/2372222.

Gambar: PPM Wilayah Dua Johor
Gambar: PPM Wilayah Dua Johor
Gambar: PPM Wilayah Dua Johor

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.