Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 9 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.40 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 9 malam ini adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 9 malam ini:
Kedah: (Padang Terap, Sik dan Baling)
Perak: (Hulu Perak)
Kelantan: (Jeli)
Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)
Pahang: (Kuantan, Pekan dan Rompin)
Johor: (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)
Sarawak: Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)
#ributpetirmetmalaysia #metmalaysia pic.twitter.com/MYkWxvfPjL
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) August 20, 2020
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.
Sumber: @malaysianmet