Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MOT & JPJ Dedah Senarai Syarikat Pengendali Lori, Bas Ekspres Dengan Saman Tertunggak Tertinggi

Iqbal Yasir
Syarikat bas lori saman tertinggi
Gambar: Bernama

MOT & JPJ Dedah Senarai Syarikat Pengendali Lori, Bas Ekspres Dengan Saman Tertunggak Tertinggi

PUTRAJAYA — Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatat jumlah saman tertunggak tertinggi di negara ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu sidang media pada hari ini.

Difahamkan, jumlah saman ini melibatkan pelbagai jenis kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Menurut Loke, pendedahan ini merupakan sebahagian inisiatif MOT dengan kerjasama berterusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meningkatkan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya serta memperkukuhkan keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara.

Berdasarkan statistik, MOT dan JPJ telah mengenal pasti syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mempunyai saman tertunggak

“11 syarikat pengendali kenderaan barangan yang mempunyai lebih daripada 1,000 saman tertunggak

“Sebanyak 17 syarikat pengendali bas ekspres yang menpunyai lebih daripada 200 saman tertunggak,” katanya dalam sidang media hari ini.

Berikut senarai syarikat pengendali lori dan bas ekspres dengan saman tertinggi;

Beliau berkata, terdapat lima kesalahan utama yang dikenal pasti bagi setiap kategori pengendali syarikat itu.

” Untuk syarikat pengendali kenderaan barangan, kesalahan teknikal seperti penggunaan brek dan tayar yang tidak mengikut spesifikasi teknikal dan ubah suai kenderaan, tiada lesen memandu, lebih muatan, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau perlindungan insurans, dan memandu lebih had laju.

“Bagi kesalahan syarikat pengendali bas ekspres pula adalah memandu melebihi had laju; memandu secara berterusan di lorong kanan; memotong barisan; menggunakan telefon bimbit; tiada lesen memandu, dan tiada lesen LKM atau insurans,” katanya.

Sehubungan itu, semua syarikat terbabit diberikan tempoh selama 14 hari daripada tarikh kenyataan ini untuk menyelesaikan semua saman tertunggak di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.

“Kegagalan pihak syarikat berbuat demikian akan disusuli dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk, termasuk kenderaan tersebut disenaraihitamkan secara serta-merta.

“Pihak MOT dan JPJ juga ingin mengingatkan kepada semua pengendali kenderaan yang lain untuk menyemak dan menyelesaikan saman- saman yang tertunggak,” katanya lagi.

Sumber: Bernama