Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak iaitu Kluster Alam yang melibatkan kes import.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 4 kes import telah direkodkan di dalam kluster ini dengan 2 daripadanya adalah warganegara dan 2 lagi bukan warganegara.
Menerusi ciapan KKM, kluster baharu ini melibatkan 4 orang anak kapal.
Terkini: 20 Ogos. Sebanyak 5 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 5 kes import dan 0⃣ kes tempatan. Satu kluster import baharu dikesan melibatkan 4 anak kapal.
— KKMPutrajaya🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 20, 2020
KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah terpencil (isolated), yang telah dikenalpasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak. Setakat ini, sebanyak empat (4) kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut. Kluster ini dikesan susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan ke atas lima (5) orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala. Daripada jumlah tersebut, empat (4) orang didapati positif COVID-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal.
Satu kluster baharu (Kluster Alam) dikenalpasti dari sebuah kapal.
Kluster dikesan setelah saringan Covid-19 dijalankan ke atas 5 krew kapal yang bergejala. 4 dilaporkan positif manakala 1 lagi sedang menunggu keputusan. pic.twitter.com/cmYFoiO6eg
— KKMPutrajaya🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 20, 2020
Kesemua kes positif ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Kapal di mana mereka bertugas ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun. Mereka sedang dirawat di Hospital Bintulu, Sarawak. Justeru, kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.
Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat sedang dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut.
PERINCIAN KES BAHARU (5)
SELANGOR – 1
1 kes import BWN tiba dari BangladeshSARAWAK – 4
4 kes import (2 WN, 2 BWN) tiba dari Jepun. Kes-kes ini adalah dari kluster baharu (Kluster Alam) pic.twitter.com/TlAtD4irTr— KKMPutrajaya🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 20, 2020
Sumber: Kp Kesihatan