Seorang kanak-kanak lelaki terkejut setelah tangan mainan dari set mainan terkeluar dari hidungnya selepas dua tahun berada di situ, lapor BBC.
Menyingkap kembali kejadian pada 2018 lalu, kanak-kanak yang berasal dari Dunedin di Pulau Selatan New Zealand itu sedang bermain dengan kepingan Lego ketika dia meletakkannya lubang hidungnya.
Bapanya telah menyuluh ke dalam hidungnya pada ketika itu namun tidak dapat melihat apa-apa.
“Sejak itu kami cukup yakin bahawa sememangnya tiada apa-apa di dalam hidungnya,” kata bapanya.
Namun, kanak-kanak itu tidak begitu yakin bahawa tangan dari set mainan tersebut telah berjaya keluar dari sisi lain.
Setelah dua tahun keluarganya percaya bahawa permainan tersebut telah ‘menghilang’ melalui sistem badannya, lego tersebut terkeluar semasa mereka menikmati ‘muffin’ dengan sedikit debu di bahagian atas yang membuatkan hidung kanak-kanak itu tidak selesa.
“Dia mula rasa cemas lagi dan kami berkata kepadanya untuk pergi dan meniup hidungnya,” kata bapanya.
Ketika itulah tangan mainan Lego hitam itu keluar dan menyebabkan mereka semua terkejut.
Sumber: BBC