Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Lima Wanita Termasuk Ibu Baru bersalin Ditahan, Disyaki Terlibat Aktiviti Jual Bayi

Pontianak, Indonesia: Lima wanita ditangkap, termasuk pembeli dan ibu bayi selepas polis bahagian Kalimantan Barat, Polda Kalbar membongkar aktiviti perdagangan bayi di klinik persalinan Kabupaten Kubu Raya.

Pengarah Siasatan Jenayah Umum Polis daerah Kalimantan Barat, Kombes Pol Luthfie Sulistiawan, mengatakan daripada hasil pemeriksaan sementara, didapati bahawa ibu tersebut telah menjual bayinya dengan harga Rp 30 juta.

“Dari tangan suspek, petugas telah menerima wang tunai yang berjumlah Rp 30 juta yang diakui sebagai hak milik suspek dan akan diserahkan kepada ibu bayi tersebut”, katanya dalam satu kenyataan yang telah ditulis, Jumaat 21 Ogos.

Luthfie tidak menjelaskan alasan ibu itu menjual bayinya kerana ketika itu ibu kepada bayi itu masih dirawat di Hospital Bhayangkara Polda Kalbar.

Siasatan menunjukkan suspek yang terlibat antaranya ialah lima wanita yang tidak diketahui (telah ditangkap), ibu bayi, pembeli dan 3 wanita lain yang bertindak sebagai perantaraan.

“Anak yang diperdagangkan itu masih dalam keadaan bayi (baru sahaja lahir ke dunia), malah ibu bayi tersebut masih terbaring di bilik bersalin”, kata-kata daripada Luthfie.

Sumber: KOMPAS.com

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.