Siakap Keli

Seorang Perogol Keji Memperlakukan Gadis, 14 Seperti ‘Mainan Seks’

London: Seorang lelaki telah mendapatkan tambahan 4 tahun penjara ketika hampir menyelesaikan tempoh hukuman penjaranya.

Tertuduh sebelum ini menerima hukuman penjara 8 tahun 6 bulan kerana telah memperkosa seorang gadis yang berumur 15 tahun.

Selain itu, tertuduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis yang berumur 13 tahun.

Tertuduh hampir menyelesaikan hukuman penjara itu tetapi selepas dia mengaku menjalinkan hubungan dengan seorang gadis berumur 14 tahun sejak 2009 dan hukuman penjaranya telah ditambah.

Dia didakwa menjadikan gadis itu seperti mainan seks untuk dirinya hingga menyebabkan mangsa hamil.

Hubungan dengan gadis berumur 14 tahun ini bermula ketika lelaki ini berusia 24 tahun, memberi nombornya kepada seorang pelajar yang berumur lebih muda 10 tahun daripadanya dan selepas itu menyetubuhi gadis itu setiap hari selama hampir 1 tahun.

Hakim Paul Dugdale telah menjatuhkan hukuman kepada tertuduh penjara selama 8 tahun di Reading Crown Court dan mendakwa kembali lelaki tersebut.

Dugdale juga menyebut, tertuduh mendesak gadis itu untuk minum alkohol dan menghisap ganja.

Lelaki itu melakukan perkara ini kerana bertujuan untuk memenuhi nafsunya.

Keseluruhan mangsa dalam kes ini adalah 3 orang yang berusia 13, 15 dan 14 tahun. Jumlah hukuman penjara yang dikenakan ditambah 4 tahun daripada 8 tahun 6 bulan menjadi 12 tahun 6 bulan serta diberi Perintah Pencegahan Bahaya Seksual.

Sumber: Mirror

Alfi Aiman

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.