Siakap Keli

Jangan ‘Try’ Sorang-Sorang, Ajak ‘Geng’ Pergi Marrybrown Cuba S.O.S BBQ Manis & ‘Smokey’ Yang Baru

Korang mesti gembira kan, kalau SK cakap Marrybrown keluar perisa baharu yang sememangnya kena dengan ‘tekak’ masyarakat di Malaysia. Ya, untuk memenuhi citarasa rakyat di Malaysia mereka telah mencipta satu hidangan resipi baharu iaitu rasa manis bergabung dengan rasa ‘smokey’.

Terbaiklah baru kena dengan Sensasi Ohsem Smokey! S.O.S gabungan rasa manis dan ‘smokey’.

Tawaran terbaharu ini dipenuhi dengan keseimbangan rasa yang sempurna dengan sajian ‘charcoal burger’ dan ‘drumette’ yang empuk dan rapuk. Bahkan, korang boleh menikmati hidangan sensasi S.O.S BBQ ini dalam tiga kombo hidangan yang berbeza.

Menu yang disediakan dengan hidangan S.O.S BBQ Burger Combo atau S.O.S BBQ Drumette Combo yang disertai dengan ‘onion ring’ dan kentang goreng yang ranggup.

Jangan risau, kepada peminat yang ingin merasakan pengalaman lebih ohsem, kombo ketiga adalah pilihan terbaik! S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi kesemua set 1 dan 2 dalam satu bekas ditambah pula dengan seketul ayam ‘crispy’ kesukaan ramai.

Bermula harga dari RM 15.90 je, semua orang boleh rasa dan dapatkan set S.O.S BBQ Burger Combo. 

Korang yang suka ayam, jangan risau harga memang berpatutan iaitu RM 16.90 korang boleh dapat set S.O.S BBQ Drumette Combo.

Ini yang paling korang tunggu-tunggu kan? Harga RM 22.60 memang murah dan berbaloi kalau beli, bukan itu je korang dapat rasa dua jenis hidangan sekali gus dengan harga yang satu. Bestnyer!

Set S.O.S BBQ Combo

Tunggu apa lagi, jomlah dapatkan hidangan istimewa ini hari ini. Rugi kalau korang makan sorang, sebab rasa ni untuk dikongsi. Jadi, ajaklah kawan-kawan dan ahli keluarga menikmati hidangan istimewa ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook rasmi Marrybrown dan laman web Marrybrown.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang