Siakap Keli

Manusia Terpantas Dunia, Usain Bolt Diuji Positif Covid-19 Selepas Majlis Ulang Tahun Kelahirannya

Siapa yang tidak kenal dengan jaguh pecut, Usain Bolt telah diuji positif Covid-19 selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 34 tahun. Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jamaica hari ini.

Perkara ini disahkan oelh dirinya sendiri selepas beliau memuatnaik status mengatakan bahawa dirinya sedang menjalani sesi kuarantin diri. Katanya lagi, beliau tidak mengalami sebarang gejala termasuklah masalah penafasan.

Katanya lagi, beliau menjalani ujian saringan sehari selepas sambutan ulang tahunnya.  Demi keselamatan, beliau menjalani kuarantin kendiri dan berehat.

Dalam masa yang sama, bintang Manchester City, Raheem Sterling yang turut hadir ke majlis tersebut dijadualkan akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memulakan aktiviti dengan kelabnya.

 

Sumber: IBTIMES

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang