KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter telah berlaku di Selat Sunda,Indonesia pada pukul 7:27 pagi, 26 Ogos 2020. Pusat gempa bumi tersebut terletak 6.9° S dan 104.5° T dengan kedalaman 72km.191km Barat Daya dari Bandar Lampung,Indonesia.#gempabumiMETMalaysia pic.twitter.com/vkYvXVMlwg
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) August 25, 2020
— BERNAMA