BURI RAM, THAILAND: 25 Ogos, ketua kampung Sompong Khao-ngam telah menemui tulang manusia di sawah ketika dia sedang menabur baja.
Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun dilaporkan hilang bulan lalu dan polis mengesyaki bahawa mayat itu adalah miliknya.
Tulang yang dijumpai itu bertaburan di sekitar ladang di Buri Ram. Polis bersama dengan doktor dari hospital daerah itu telah menyiasat tempat kejadian. Polis menemui gigi, tengkorak, tulang kaki dan tulang lengan di 10 tempat yang berbeza. Setiap daripada tulang itu tidak ada daging dan sepertinya telah dikunyah oleh anjing.
Polis juga menjumpai seluar pendek yang terkoyak dan juga kolar anjing. Keluarga Sin Deeporam, yang dilaporkan hilang, mengatakan mereka percaya seluar pendek itu mungkin miliknya.
Tulang-temulang itu dihantar ke hospital untuk diperiksa dan dikaji. Kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: BangkokPost