KARANGASEM, INDONESIA: Polis telah menangkap seorang pembantu rumah (28) yang telah mencuri perhiasan emas bernilai puluhan juta Rupiah milik majikannya di Desa Padangkerta, Karangasem, Bali.
Pelaku mencuri perhiasan emas itu untuk membayar hutangnya.
“Wang hasil daripada gadaian emas tersebut telah digunakan untuk membayar hutangnya di beberapa tempat”, kata Pengarah Jenayah Umum Polda Bali Kombes Pol Dodi Rahmawan, dalam keterangan tertulis, 27 Ogos.
Dodi mengatakan, “Pada 13 Ogos, mangsa telah memeriksa almari dan mendapati perhiasan emas miliknya telah hilang”.
Dia kemudiannya melaporkan kes ini kepada polis. Polis melakukan siasatan dan mengambil keterangan daripada pembantu rumah tersebut.
Pembantu rumah itu disiasat dan telah mengaku perbuatannya.
“Pembantu rumah itu mengambil perhiasan emas itu ketika majikannya tiada di rumah”
Dia mengambil 7 gelang emas, 1 rantai dan loket emas, 1 cincin emas. Sebilangan perhiasan emas yang dicuri dan digadaikan bernilai Rp 29.5 juta.
Sementara beberapa yang lain dijual di tempat yang berbeza dengan nilai harga Rp 42 juta. Duit itu telah digunakan untuk melunaskan hutangnya.
“Pembantu rumah itu telah ditahan oleh Polis Karangasem untuk siasatan lanjut”, kata Dodi.
Sumber: KOMPAS.com