Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Lelaki Dakwa Rogol Gadis Mempunyai Masalah Mental Sebagai ‘Hukuman Kerana Mencuri’

BURIRAM, THAILAND: Pada 26 Ogos, pihak polis mengatakan seorang lelaki yang merogol gadis berusia 14 tahun boleh diikat jamin dan tidak dianggap sebagai Flight Risk, lapor Khasod English.

Keluarga mangsa telah mengadu bahawa pihak polis tidak mengambil kes ini sebagai perkara serius.

Lelaki berusia 65 tahun itu dilaporkan mengaku kepada polis dan media bahawa dia telah merogol gadis itu, yang mempunyai masalah mental, di rumahnya di kecamatan Mueang Phai di Buriram.

Keluarga mangsa telah pergi ke balai polis pada bulan Jun ketika dia hamil lima bulan.

Keluarga mangsa juga telah berkata kepada pihak media pada bahawa mereka takut pelaku tidak akan dikenakan tindakan.

Polis mengatakan suspek telah menyerang mangsa sebanyak lima kali sejak Januari.

Suspek memberitahu seorang wartawan bahawa pemerkosaan yang pertama dilakukan olehnya adalah disebabkan oleh hukuman mencuri barangnya dan menyatakan permekosaan yang dilakukan itu melalui persetujuan yang dibuat antara pelaku dan pemangsa.

“Saya hanya menghukumnya kerana saya tidak ingin memukulnya, jadi saya melakukannya untuk menakutinya agar tidak mengambil wang lagi,” katanya. “Kemudian dia terus kembali ke rumah.”

Bapa saudara gadis itu mengatakan suspek telah menawarkan pampasan sebanyak 20,000 baht kepada mereka ketika keluarga tersebut mengemukakan aduan kepada pihak polis, tetapi mereka menolak pampasan tersebut.

“Dia mengatakan bahawa dia akan membayar 20 baht setiap kali dia melakukanya” kata pakcik gadis itu.

Dia juga telah mengejek keluarga mangsa dan mangsa dengan berkata “merogol seorang kanak-kanak kurang upaya adalah tidak salah”

Kes ini menjadi sukar untuk disabitkan kesalahan kerana disyaki bahawa suspek dikatakan orang yang berpengaruh dalam masyarakat.

Tetapi ketua polis Kolonel Wissanu Arpornpong mengatakan bahawa suspek bukan “nama besar” di daerah itu, “hanya orang tua biasa”.

Suspek didakwa dengan sejumlah kesalahan lain termasuk pemerkosaan kanak-kanak di bawah umur, dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara.

Sumber: Khaosod English

Alfi Aiman

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.