Siakap Keli

(Video) Belum Reda Isu Covid-19, AS ‘Diserang’ Taufan Laura, Remaja 14 Tahun Maut Dihempap Pokok

Selatan barat Louisiana ketika ini diancam taufan Laura yang telah memasuki kategori keempat dan dikelaskan sebagai Sangat Bahaya.

Terkini, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan maut apabila dihempap pokok di rumahnya ketika ribut taufan Laura sedang ‘menyerang’.

Menurut laporan Daily Mail, kelajuan ribut taufan laura ketika insiden itu ialah lebih 200 kilometer per jam sehingga menyebabkan kawasan di Louisiana dan texas terputus bekalan elektrik.

Pihak berkuasa di Louisiana berkata, usaha menyelamat tidak akan dijalankan sehingga ribut taufan Laura melepasi kawasan tersebut. Pihak berkuasa Louisiana dan Texas juga telah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada lebih setengah juta penduduk pada Selasa.

Tragedi ribut taufan ini hadir ketika Amerika Syarikat masih bergelut dengan peningkatan kes Covid-19 di negara mereka.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)