Siakap Keli
cara beza madu asli
Kredit: Google

Cara Nak Semak Produk Dibeli Disahkan Tulen, Pastikan Ada Logo Autentik KKM Ini

Sebagai pengguna, pastinya kita inginkan yang terbaik ketika memilih dan membeli sesuatu produk. Kalau boleh, setiap sen yang dikeluarkan mesti berbaloi dengan kualiti sesuatu barangan terutamanya jika harganya mahal.

Sebagai contoh, produk berasaskan madu dan sarang burung walit yang kian banyak di pasaran atas permintaan orang ramai.

Kalau kita cari di Google perbezaan madu asli ataupun sudah dicampur bahan lain, banyak jawapannya di Internet. Tapi tahukah anda, ada satu cara paling mudah untuk anda memastikan madu atau makanan dibeli asli atau tidak?

Cari sahaja logo Autentik yang dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada bungkusan produk berkenaan.

Pensijilan Autentik merupakan pensijilan yang diberikan ke atas produk yang disahkan tulen seperti madu, kopi, sarang burung walit dan daging.

Makanan Autentik adalah makanan yang tidak bercampur dengan apa-apa bahan tambah selain daripada bahan tambah yang diperlukan dalam pemprosesan tersebut mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Bagi pengusaha produk asli yang ingin memohon Pensijilan Autentik, anda boleh kunjungi laman ini untuk permohonan.

Anda boleh rujuk logo ini pada bungkusan produk. (Gambar: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.