Doktor di China telah berjaya mengeluarkan cacing sepanjang lima inci dari dalam otak seorang lelaki setelah parasit itu berada di situ selama 17 tahun, lapor Daily Mail.
Lelaki berusia 23 tahun itu berkata dia mula mengalami kebas di tangan dan kakinya sejak berusia enam tahun. Dia akhirnya pergi ke hospital setelah kehilangan sensasi di bahagian kanan atas badannya.

Doktor mengesyaki bahawa keputusan jangkitan yang dialami oleh lelaki itu adalah akibat memakan daging eksotik mentah atau separuh masak seperti katak atau ular.
Pakar bedah telah berjaya mengeluarkan cacing tersebut dari otak lelaki itu pada hari Selasa lalu di Hospital Gabungan Pertama Unviersiti Wuchang di wilyah Jiangsu, China Timur.

Pesakit itu memberitahu doktor bahawa dia mula mengalami kebas di tangan dan kakinya 17 tahun yang lalu. Dia juga kadang-kadang mengalami sakit kepala dan loya.

Kerana ibu bapanya selalu mengalami kesukaran untuk menggerakkan anggota badan mereka, lelaki itu tidak mengendahkan gejala tersebut dan tidak pernah pergi ke hospital kerana mempercayai mereka ada masalah genetik.
Lelaki dari China itu akhirnya mendapatkan rawatan perubatan pada tahun 2015 setelah dia kehilangan sensasi di bahagian kanan atas badannya.

Setelah melakukan imbasan, doktor menemui parasit berpintal di dalam otak pesakit. Lelaki itu didiagnosis dengan sparganosis mansoni, penyakit parasit yang jarang berlaku.
“Apabila cacing memasuki tubuh manusia, ia akan menyebabkan jangkitan teruk,” kata doktor.
Sumber: Daily Mail