Sekurang-kurangnya 29 orang dilaporkan maut selepas restoran dua tingkat runtuh semasa pesta sambutan hari jadi di China, lapor Sky News.
Kementerian Pengurusan Kecemasan China berkata 28 orang lagi cedera termasuk tujuh daripadanya parah.

Bangunan di bandar Linfen itu tiba-tiba runtuh pada hari Ahad dan puncanya masih belum diketahui.
Ratusan penyelamat melakukan pencarian sepanjang hari dalam operasi yang kini telah selesai. Jentera berat dan anjing terlatih juga digunakan.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengumumkan akan memimpin penyiasatan punca keruntuhan tersebut.
Sumber: Sky News