Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Gambar Via Bernama

Veteran Tentera Reda Cacat Akibat Jerangkap Samar Ketika Buru Komunis

Sofea

KOTA BHARU, 30 Ogos — Walaupun kehilangan kaki kiri separas buku lali, pesara tentera dari Kampung Setek, Kok Lanas dekat sini reda dengan kecacatan yang dialami akibat terkena jerangkap samar ketika operasi memburu komunis 44 tahun lepas.

Nekya Nor, 66, berkata dari satu segi, dia juga bersyukur kerana insiden itu menyelamatkan 14 lagi anggota kumpulannya yang terlibat dalam Operasi Daoyai Musnah di Gubil, Kedah pada 1976.

“Ketika kejadian, operasi baru sahaja memasuki tempoh sebulan. Sepanjang operasi kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mengesan komunis.

“Sebelum kejadian, saya baru saja memulakan rondaan sejauh 300 meter selepas berhenti rehat dan ternampak kesan jerangkap samar,” katanya yang berkongsi kisah pengorbanannya bagi mengekalkan keamanan negara bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 esok, dengan Bernama di sini.

Menurutnya, dia kemudian memaklumkan penemuan itu kepada komander platun sebelum kembali ke posisi untuk memberitahu anggota lain dalam kumpulan.

“Ketika itulah saya tersilap langkah dan terpijak jerangkap samar tersebut. Namun saya hanya mendengar bunyi dentuman yang kuat dan saya terpelanting ke belakang,” kata bapa kepada lapan anak berusia 20 hingga 40 tahun tersebut.

Dia yang bersyukur kerana masih bernyawa selepas kejadian menghabiskan masa selama tiga bulan menerima rawatan di hospital di Alor Setar.

“Selepas itu, saya ditugaskan sebagai kerani dan saya pencen pada 1997,” katanya yang menasihati generasi muda khususnya agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum bagi kemerdekaan dan kemakmuran yang dinikmati hasil pengorbanan pasukan keselamatan dahulu dapat dipertahankan.

— BERNAMA