Siakap Keli

Tak Semudah Beli Dan Pakai, Ketahui 9 Cara Penjagaan Kanta Lekap Dengan Betul

Kanta lekap atau ‘contact lens’ merupakan kepingan plastik nipis melengkung yang dilekapkan ke kornea. Tujuan pemakaiannya untuk baiki masalah rabun atau terapeutik. Ramai juga memakainya untuk kelihatan lebih cantik.

Ya, jika untuk kelihatan cantik, korang seharusnya kena tahu fakta penting tentang kanta lekap yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Penggunaan kanta lekap bukanlah semudah beli dan pakai. Anda perlu mendapatkan ujian tahap penglihatan dan ukuran lengkungan kornea dari optometris atau juruoptik berlesen.

“Jangan mudah tertipu dengan kanta lekap yang dijual secara online. Jangan risikokan mata anda.”

Menerusi infografik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang ramai disarankan untuk melakukan ujian tahap kelihatan, pengukuran kelengkungan kornea dan pemeriksaan kesihatan mata daripada optometris atau juruoptik berlesen.

Bahkan orang ramai juga dinasihatkan untuk tidka membeli kanta lekap daripada jurujual kaunter atau daripada jualan secara atas talian. Selain itu, penggunaan kanta lekap yang berpanjangan boleh menimbulkan komplikasi kepada kesihatan anda.

Gambar Sekadar Hiasan

Penjagaan bekas kanta lekap

1. Bekas kanta lekap perlu ditukar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

2. Bekas kanta lekap perlu dicucidengan larutan pencuci kanta lekap, bukan dengan air paip. Bekas kanta lekap perlu dikeringkan pada posisi terbalik dan penutup bekas dibuka.

3. Bekas kanta lekap harus disimpan atau diletakkan dalam atau pada persekitaran yang kering. jangan simpan bekas kanta lekap di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap.

Seeloknya, beli kanta lekap dari kedai cermin mata dan bukannya melalui jualan atas talian. Kurangkan risiko dari ditipu oleh penjual yang cuba ambil jalan pintas untuk buat duit mudah.

Jika korang antara salah seorang yang mengguna kanta lekap, ikuti penjagaan kanta lekap berikut.

  1. Basuh dan keringkan tangan sebelum sentuh kanta lekap.
  2. Guna larutan pencuci kanta lekap yang disaran optometris/juruoptik.
  3. Gosok kanta lekap untuk berihkan sebarang deposit dan mikroorganisma.
  4. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka adalah 3 bulan.
  5. Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  6. Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula.
  7. Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai
  8. Gunakan rendaman baru selepas digunakan.
  9. Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap.

Contact Lens

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang