Siakap Keli
kluster lahad datu
Kredit: Bernama

TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baru, Kluster Benteng Lahad Datu Dikenalpasti Hari Ini -KKM

Putrajaya, 1 Sept – Satu kluster baru COVID-19 dikesan di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster dikenali sebagai Kluster Benteng Lahad Datu melibatkan kes indeks ke-9344 dan kes ke-9345.

Kedua-dua individu yang merupakan warganegara Filipina masing-masing merupakan tahanan lelaki berusia 55 dan 25 tahun lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Mereka disahkan tidak bergejala serta telah menjangkiti lima individu lain yang terdiri daripada seorang warganegara Malaysia, dua Filipina dan dua Indonesia.

“Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos dengan tujuh kes dikesan positif COVID-19 dan 43 individu adalah negatif,” katanya.

Kesemua pesakit disahkan tidak bergejala manakala saringan kontak rapat sedang dijalankan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.